MOGADISHU 19 Nov. – Sebuah kapal perang India melepaskan tembakan dan memusnahkan sebuah “kapal induk” lanun Somalia di Lautan Hindi malam tadi.
Kapal frigat India, INS Tabar melepaskan tembakan ke arah kapal lanun itu selepas diserang, kata jurucakap tentera laut India, Nirad Sinha hari ini.
“INS Tabar menghampiri kapal induk lanun dan mengarahkannya berhenti untuk disiasat.
“Bagaimanapun arahan itu tidak dihiraukan, sebalik kapal lanun itu mengancam untuk meletupkan INS Tabar jika kapal perang itu mara lebih dekat,” kata jurucakap itu.
Kapal lanun itu kemudian menyerang INS Tabar yang melepaskan tembakan balas untuk mempertahankan diri.
“Tembakan tersebut menyebabkan berlaku letupan yang dipercayai berpunca daripada peluru yang disimpan di dalam kapal lanun itu,” menurut Sinha.
Sementara itu, stesen televisyen Al-Jazeera menyiarkan rakaman suara yang dikatakan daripada seorang lanun membuat tuntutan wang tebusan bagi membebaskan kapal tangki Arab Saudi, Sirius Star serta 25 anak kapalnya yang dirampas Ahad lalu.
“Perunding berada di dalam kapal dan di darat, dan apabila wang tebusan telah dipersetujui, wang tunai itu akan dibawa ke kapal tangki,” kata lelaki yang hanya dikenali sebagai Farah Abd Jameh.
Dia tidak menyatakan jumlah wang tebusan yang perlu dibayar.

*** pic kt atas xde kene mngene ngn berita ni k...hehehe '0_0'